.

info umk


Universiti Malaysia Kelantan mempunyai tiga buah kampus, iaitu Kampus Bachok, Kampus Jeli, dan Kampus Kota (Pengkalan Chepa, Kota Bharu).

Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.

Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang pelajar.

Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.

No comments:

Post a Comment