.

Monday 21 April 2014

P.E.R.H.A.T.I.A.N !



solat itu adalah ibadah yang menentukan apakah kita benar-benar Islam atau beriman, 
dan hakikat itu akan menentukan apakah kita adalah ahli neraka atau ahli syurga!

Malangnya hari ini begitu ramainya orang Islam yang gagal dalam perkara solat. 
Situasi atau keadaan yang menunjukkan seseorang Islam itu gagal menunaikan kewajipan solatnya adalah banyak.

Dia solat tapi masih tak tutup aurat bila keluar rumah.
Dia solat tapi masih berbangga dengan dosa-dosanya.
Dia solat tapi masih melakukan perkara maksiat.
kenapa macam tu?

Solat itu sepatutnya mampu mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.
jika kita dah solat tapi masih berbuat dosa,
bermakna solat kita tidak diterima Allah.
kerana salah satu daripada 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah ialah
Orang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah bermaksud: 
“Barang siapa solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah dan jauh dari Allah.”



Hassan berkata:
 “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal buruk.”

Mesti ada sebab kenapa solat kita tak mampu cegah kita daripada berbuat dosa.
Mungkin kerana bersolat tetapi tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara solat.
atau dengan kata mudahnya solat kita tak sah.




Jika solat kita tercemar oleh sesuatu yang bercorak atau bersifat bid'ah yakni berlainan dari apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) 
maka solat kita itu batal, tidak diterima Allah

dan kalau konsisten kita mengamalkan sedemikian itu, 
maka kita terkeluar dari Islam,
menjadi kafir, wal iya zubillah.

oleh itu wajarlah kita faham betapa pentingnya solat fardu itu 
dan bagaimana solat kita itu sia-sia sahaja kalau kita bersolat dalam kejahilan ilmu.
Wallahualam.

next entri kita belajar cara solat dengan betul pulak ye :)
assalamualaikum.



Saturday 29 March 2014

kebergantungan hidup.




Kita manusia biasa.
Yang sentiasa leka dengan duniawi.

Saya sendiri pernah bergantung pada makhluk.
Bergantung pada benda lain.

Bila tak ada duit rasa macam susah nak hidup.
Asyik fikir macam mana nk makan.
Sebab selama ni kita rasa duit tu yang bagi kita makan.

Bila result teruk rasa susah hati.
Jadi stress fikir macam mana nk keja ke depan nanti.
Sebab kita rasa cuma dengan result yang gempak kita boleh dapat kerja yang hebat.




Bila minyak naik rasa dah gelap dunia.
Terlalu susah hati memikirkan kos hidup yang semakin tinggi.
Sebab kita rasa gaji yang kita dapat cuma cukup-cukup makan.
Malah nak bayar zakat pon dah rasa berat.
Rasa tak mampu.

Tapi kita lupa.
Allah yang maha berkuasa.
Allah yang memberi rezeki.
Jadi,bergantunglah pada allah.

Bila allah bagi keberkatan,
Insyaallah.
Yang sedikit tu kita rasa banyak.

Bila kita bergantung pada yang lemah,kita akan jadi lemah.
Sebaliknya pula kalau kita bergantung pada allah yang maha berkuasa,tuhan yang mencipta kita.
Bila kita bergantung pada yang kuat,kita akan jadi kuat.

Tak kira walau apa ujian yang mendatang.
Kita tetap teguh.
Kerana kita percaya.
Allah itu ada.






Tuesday 18 March 2014

Dah pandai.

hehe.
dah pandai guna dan edit sikit2 dah.
thank you roomate sebab bagi tunjuk ajar.
toce toce.

susah nak cari template yg berkenan di hati.
so bubuh ja la drpd takde lansung.
hiks.


dah azan
kbai.

*p/s : habes masa banyak utk edit.
tapi masih jugak selekeh
sebab......
saya buta seni.

Freshie ^.^

Assalamualaikum dan hai.

dah lama dah teringin nak buat blog.penah buat sebelum ni tapi tak menjadi.
syukur alhamdulillah this time i really made this.
walaupun selekeh.
hopefully akan berkekalan.ohhh.i hope i hope i hope.
amin.hehe

entry first haruslah boring.

ok laa.
desperately need to stop typing.
cewahh ayat.


so.babai 

sincerely.
me.
xoxo
*p/s : kena belajar banyak lagi nihh